Tuesday, 31 May 2011

Nafsu dan akal

Google punyer google..eh!~terjumpe nie..Baca la..best..aku suka baca post dia...mohon  share ye


9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan?Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.

Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.
Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.

Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.
Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka.
9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri.


Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.
Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga.

Bola Sepak penyebab sakit jantung dan hati?

Boleh fikir tak mengapa bola sepak penyebab sakit jantung dengan sakit hati?


Bila tengah syok2 tengok si pemain membuat hantaran,pasti jantung yang melihat akan berdebar-debar..lagi2 bila tengok pemain kesukaan mereka..kira idola la katakan...passing sana passing sini..dah sampai pintu gol da..tiba2 tersasar pulak...tak ke sakit jantung namanya...sebab bola tak masuk dalam gol..hum..

Bila nak pergi stadium...lagi2 tengok dengan awek..tapi awek tu banyak karenah..nak beli makanan dulu..katanya tak best kalau tak kunyah sesuatu..Pergh!mula la excited pergi beli macam2..junk food la..pop corn la..air coke la...macam tengok wayang..sampai tinggal 10sen je dalam wallet..Tiba2 nak beli tiket nak tengok bola...tapi takde duit..tak ke sakit hati namanya tu...kawal awek tu..

Bila nak tengok bola..mesti sangat masyuk bila tengok time tengah malam kat rumah atau kedai mamak.... kan..tapi kisah nie pasal dekat rumah...selalunya bola start dalam pukul 1.00 pagi atau sewaktu dengannya..mak dengan bapak tengah syok tidur ...ttbe bola masuk gol..mula la terjerit...tak pun..um..fikir la sendiri...tak ke sakit jantung mak dengan bapak  korang...tengah2 syok tidur tiba2 ada orang menjerit..terkejut punyer pasal..
kalau dekat kedai mamak...tak ke sakit hati orang yang tengah makan sebelah korang atau berdekatan dengannya...tiba2 tersedak sebab korang menjerit tak tentu pasal..Tapi aku tahu korang tak peduli punyer..just cover2 jew..hee~

Bila pasukan yang korang minat kalah..pasti rasa sakit hati..lagi2 yg bet dengan member..tak baik yew berbetting nih...aku nak korang tahu benda tu sangat salah yew...pastu kesian dekat pasukan bola yang korang minat...kira macam tak adil lah kan...

Sebenarnya banyak lagi yang nak di kongsi tapi tangan dah penat menaip so...Enjoy reading

Sifat lelaki berdasarkan rambut..

Salam Sejahtera...tahukah anda?Anda boleh mengenal sifat lelaki berdasarkan rambut mereka...Topik yang amat menarik yang saya jumpa dalam satu website nie...betul atau tidak dan percaya atau tidak...anda yang menentukannya

Sifat lelaki berdasarkan rambut.
1) RAMBUT LURUS
- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT
- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG
- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL
- bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN
-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri. (additional ..++)

11) RAMBUT MOHICAN/PUNK
- pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

12) RAMBUT BOTAK
- open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya..

13) RAMBUT ALA 'ZAIBO'
- sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' e.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salahtafsir.

14) RAMBUT PALSU
- bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

15) RAMBUT ALA 'PUA CHU KANG'
- don't play-play with this category haah..!! he will hentam you, you know? kenaper?? tak percayaee??

16) RAMBUT 'RONALDO'
- rambut ala si 'pekan' dlm citer Batu belah batu bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah. dan bermain bebola ikan sebagai hobi " saja suka2....sekadar hiburan........

Monday, 30 May 2011

Cinta

Cinta?
Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayangtarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaanemosikelakuanpemikiranpersepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangandan pengenalan diri..
Cinta Monyet.
Ni khas untuk bebudak skola yang memang dah mengatal gile...time2 camni baru nak rase rindu..nak miss you larh...(Owh...tak kuasa aQ!)..Umur tak matang lagi...Bile clash..pergh!Nangis la..nyesal la..Pastu tukar2 girl dengan boy...Wow...
Cinta Remaja.
Cinta die nie lebih kurang sama dengan cinta monyet..tapi ada sedikit kematangan dan ada rasa kenikmatan la kot...sebab dah pandai menilai..macam dah pro gituh..bila dah clash tu..ada sedikit penilaian bile nak pilih yang baru...tapi ada tu just pilih secara random sebab nak sakitkan hati yg lame punyer...erk faham2 jelaw..itu memang normal...Cinta yang nie memang banyak berlaku...
Cinta nafsu
Cinta nie sangat tak bagus...cinta yang membawa padah...sebab itu berlakunya kelahiran anak luar nikah dan pembuangn bayi..Damn it!
Cinta Perkahwinan.
Seperti yang korang tahu..segaduh macam mana pun tetapi diaorang tetap pertahankan rumah tangga.Orang kata gaduh2 manja.Banyak2 cinta,cinta perkahwinan paling manis.Sebab ia membawa hingga ke akhir hayat..Ikatan tidak akan putus kecuali mereka sendiri yang menentukannya.Mengapa?Lu pikirlah sendiri.
Cinta playboy and playgirl.
Cinta nie memang tak kekal...sebab mereka cuma nak keseronokan..bila dah boring..tukar la mane2....Orang macam nie selalunya orang yang ada aset tinggi...mesti ada modal maaa~

Cinta jarak jauh
merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di antara satu sama lain.Manusia sering menginginkan cinta. Dalam cinta ada suatu ketulusan perasaan yang membuatkan manusia yang merasainya gembira, sedih, rasa keyakinan, rasa dimiliki, dan sebagainya. Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang amat sukar digambarkan. bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta, tetapi amat mudah juga melupakan cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati yang tulus.