Monday, 27 June 2011

198 laman web digodam, 90 peratus dari dalam negara

Ini aku amik dari Metro..gempar siut


KUALA LUMPUR: Sebanyak 198 laman web di dalam negara digodam oleh pelbagai pihak baru-baru ini di mana 90 peratus berpunca dari dalam negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata walaupun sebahagian daripada mereka dapat merosakkan beberapa laman web tetapi isiannya tidak dapat mereka atasi.

Kepada soalan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) semasa sesi soal jawab, Rais berkata mereka yang mempunyai niat jahat itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja.
"Seseorang itu tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu teknologi maklumat yang diperolehnya untuk aktiviti menggodam," katanya.

Rais juga berkata kerajaan sedang dalam usaha penambaikan akses internet terutamanya di kawasan perkampungan agar setanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

Selain itu,kalau nak tahu lebih lanjut sila baca akhbar la..tak pon link di bawah

myMetro
utusan.com
Berita Harian

Monday, 6 June 2011

List of scholarship

Check this out...who haven't gt a scholarship....Click this link below

I want my scholarships


Good Luck!

Thursday, 2 June 2011

Selipar ikan..

Bile dok sedap google..tibe2 aku terjumpa kasut nie...unik dan sangat menarik..tak berlendir ke kalau pakai macam tu je?

Emo qoute

I love this....

Tuesday, 31 May 2011

Nafsu dan akal

Google punyer google..eh!~terjumpe nie..Baca la..best..aku suka baca post dia...mohon  share ye


9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan?Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.

Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.
Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.

Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.
Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka.
9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri.


Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.
Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga.

Bola Sepak penyebab sakit jantung dan hati?

Boleh fikir tak mengapa bola sepak penyebab sakit jantung dengan sakit hati?


Bila tengah syok2 tengok si pemain membuat hantaran,pasti jantung yang melihat akan berdebar-debar..lagi2 bila tengok pemain kesukaan mereka..kira idola la katakan...passing sana passing sini..dah sampai pintu gol da..tiba2 tersasar pulak...tak ke sakit jantung namanya...sebab bola tak masuk dalam gol..hum..

Bila nak pergi stadium...lagi2 tengok dengan awek..tapi awek tu banyak karenah..nak beli makanan dulu..katanya tak best kalau tak kunyah sesuatu..Pergh!mula la excited pergi beli macam2..junk food la..pop corn la..air coke la...macam tengok wayang..sampai tinggal 10sen je dalam wallet..Tiba2 nak beli tiket nak tengok bola...tapi takde duit..tak ke sakit hati namanya tu...kawal awek tu..

Bila nak tengok bola..mesti sangat masyuk bila tengok time tengah malam kat rumah atau kedai mamak.... kan..tapi kisah nie pasal dekat rumah...selalunya bola start dalam pukul 1.00 pagi atau sewaktu dengannya..mak dengan bapak tengah syok tidur ...ttbe bola masuk gol..mula la terjerit...tak pun..um..fikir la sendiri...tak ke sakit jantung mak dengan bapak  korang...tengah2 syok tidur tiba2 ada orang menjerit..terkejut punyer pasal..
kalau dekat kedai mamak...tak ke sakit hati orang yang tengah makan sebelah korang atau berdekatan dengannya...tiba2 tersedak sebab korang menjerit tak tentu pasal..Tapi aku tahu korang tak peduli punyer..just cover2 jew..hee~

Bila pasukan yang korang minat kalah..pasti rasa sakit hati..lagi2 yg bet dengan member..tak baik yew berbetting nih...aku nak korang tahu benda tu sangat salah yew...pastu kesian dekat pasukan bola yang korang minat...kira macam tak adil lah kan...

Sebenarnya banyak lagi yang nak di kongsi tapi tangan dah penat menaip so...Enjoy reading